Just another WordPress.com site

>

SELAYANG PANDANG

Segala puji kita panjatkan ke hadirat allah swt, hanya kepadanyalah tempat kita menyembah dan hanya padanyalah tempat kita memohon pertolongan. Pertolongan mengenai urusan agama maupun urusan dunia.

Sholawat dan salam kita ucapkan, semoga tetap atas junjungan kita nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya dan pengikutnya hingga akhir zaman.

Artikel-artikel yang dimuat disini merupakan kumpulan dari kisah-kisah yang terdapat didalam hadits nabi s.a.w, yang dikumpulkan dari literatur buku-buku maupun cerita-cerita yang mengandung suri tauladan yang baik. Sehingga isi blog kisah penyejuk hati dapat bermanfaat bagi para pembaca.

Segala sesuatu kesempurnaan hanya milik allah, tentunya blog ini ada saja kekurangannya, saran dan kritik membangun sangatlah menambah wawasan pengetahuan kami.



MASUK SORGA TANPA HISAB 

affannur

Disalah satu kesempatan Rasulallah saw mengatakan : Telah ditampakan kepada ku keadaan ummat yang terdahulu, saya melihat ada Nabi yang disertai oleh pengikutnya, yang sedikit, dan ada Nabi yang hanya disertai oleh satu dan dua orang saja, bahkan ada Nabi yang tidak punya pengikut sama sekali, tiba-tiba ditampakan kepadaku rombongan yang besar, saya mengira bahwa itu adalah ummatku, lalu aku dikatakan padaku bahwa itu adalah ummat Nabi Musa as bersama kaum nya. Aku diperintahkan untuk melihat keufuk kanan dan kiriku, lalu aku melihatnya, tiba-tiba saya melihat dikedua ufuk itu rombongan yang sangat besar sekali.

Lalu dikatakan kepadaku : itulah ummatku, dan disamping mereka ada 70.000 orang yang masuk sorga tanpa hisab dan tanpa disiksa. Lalu Rasulallah sawmasuk kerumahnya, maka orang-orang sama membicarakan tentang orang-orang yang masuk sorga tanpa hisab itu. Ada yang berpendapat : mungkin mereka adalah orang-orang yang terlahir dalam Islam dan tidak pernah mempersekutukan Allah. Dan pendapat-pendapat yang lainya.

Kemudian Rasulallah kembali dan bertanya : Apakah yang sedang kalian bicarakan? Lalu mereka memberitahukan kepada beliau pembicaraan mereka.Maka Rasulallah saw bersabda : Mereka adalah orang yang tak pernah menjampi dan dijampikan, tidak mau menebak Nasib dengan perantara burung dan terhadap Allah senantiasa selalu bertawakal. Llau Ukasyah bin Mihsan berkata: Ya Rasulallah, do’akan saya semoga saya termasuk salah satu diantara mereka. Beliau menjawab : Kamu termasuk mereka. Kemudian ada orang lain berdiri dan berkata : Do’akan saya semoga saya termasuk mereka. Beliau menjawab : Kamu telah kedahuluan Ukasyah.

KESEDERHANAAN UTBAH BIN GHOZWAN

affannur

 

Ketika Utbah bin Ghozwan menjabat sebagai gubernur Bashrah, dia pernah berkata
“Sungguh dunia telah akan habis dan rusak, berjalan terus dengan cepat, tiada sisa dari padanya melainkan sebagai sisa minuman dalam cerek yang dituangkan oleh yang punya. Dan kamu bakal kembali dari padanya ke tempat yang tiada habisnya, maka kembalilah kamu dengan sebaik-baik bekal yang ada padamu, karena telah dikabarkan bahwa, kalau sebuah batu dilemparkan kedalam jahanam, maka menyelam hingga tujuh tahun sebelum sampai kedasarnya.
Demi Allah Neraka itu akan dipenuhi, apakah kamu heran?…..”

Juga dikabarkan kepada kami bahwa antara dua ambang pintu sorga seluas perjalanan empat puluh tahun, tetapi akan terjadi pada suatu hari ia sesak oran berjalan.

Dahulu ketika kami masih bertujuh dari tujuh orang bersama Rasulallah saw, tidak mendapat makanan melainkan daun-daun pepohonan sampai bibir-bibir kami luka, saya memotong selembar kain untuk kami pakai sebagai sarung saya dan Sa’ad bin Malik. Tetapi kini tiada seorang diantara kami melainkan telah menjadi gubernur disuatu daerah.

Saya berlindung kepada Allah, jangan sampai saya dalam pandangan diriku besar, tetapi kecil dalam pandangan Allah….

Oleh Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus
DATA Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2005, menunjukkan mereka yang dikesan menghidap HIV berjumlah 40.3 juta orang. Jumlah itu meningkat dua kali ganda berbanding 1995. Daripada jumlah itu, 38 juta adalah orang dewasa, manakala 2.3 juta kumpulan berusia 15 tahun ke bawah.
Virus HIV berkembang biak dan sangat berpotensi merosakkan sel darah putih yang berfungsi melawan serangan penyakit. Ia menyebabkan kemusnahan sistem daya tahan tubuh badan melawan penyakit.
Ia adalah virus yang menyebabkan wujudnya penyakit Aids. Apabila HIV menyerang sistem daya tahan badan seseorang, ia boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil HIV positif.
Virus ini perlu dijauhkan oleh seseorang, kerana pakar perubatan moden hari ini masih belum menemukan penawar untuk merawat mereka yang dijangkitinya. Salah satu cara virus ini menular ialah melalui hubungan seksual, hubungan lelaki sesama lelaki dan perempuan sesama perempuan.
Hubungan seksual yang ditegah oleh syarak, sebagaimana yang dijelaskan tadi, juga dikenali sebagai hubungan sulit. Sulitnya hubungan itu, kerana ia tidak diketahui orang lain seperti isteri, anak, mahupun masyarakat. Namun begitu, walau sesulit mana hubungan yang dilakukan, ia tidak menjadi rahsia daripada pengetahuan Allah SWT, kerana Dia Maha Mengetahui.
Walaupun hubungan sulit dilakukan itu terlepas daripada hukuman dunia atau hukuman manusia, namun perbuatan mereka ini tidak akan terlepas daripada balasan Allah SWT di akhirat kelak, kerana setiap perbuatan manusia akan dihitung secara adil.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan (Ingatlah), Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil, (untuk menimbang amalan makhluk-makhluk) pada hari Kiamat, maka tidak ada sesiapa yang akan teraniaya sedikitpun.” (Surah al-Anbiya’, ayat 47)

Sesungguhnya Islam dengan tegas mengharamkan perbuatan zina kerana berzina adalah satu cara penyaluran tenaga batin yang menyeleweng iaitu dengan tidak melalui ikatan perkahwinan yang sah.
Amalan ini membawa kepada rendahnya nilai diri manusia, hancurnya institusi kekeluargaan, tersebarnya penyakit siflis dan yang paling dahsyat, ia membawa kepada merebaknya virus HIV yang akhirnya akan mengundang penyakit Aids.
Oleh itu, ia diharamkan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan.” (Surah al-Isra’, ayat 32)

Ibn Kathir menjelaskan Allah SWT melarang hamba-Nya berbuat zina, dan mendekatinya serta melakukan faktor dan aspek yang boleh membawa kepada perzinaan, suatu perbuatan dosa besar dan seburuk-buruk perbuatan.
Manusia sanggup melakukan zina kerana hilangnya nilai keimanan pada diri individu itu. Dalam tubuh mereka, nafsu menjadi nakhodanya akibat bisikan syaitan. Bagi orang yang memiliki keimanan, itulah benteng yang bakal menghalang mereka melakukan perkara ditegah Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada dalam keimanan. Dan seorang pencuri tidak akan mencuri, jika ketika itu dia berada dalam keimanan. Dan seorang peminum arak tidak akan meminum arak, jika ketika itu dia berada dalam keimanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Keimanan perkara sangat penting dalam diri kita, kerana tanpa keimanan sebenar, akan menjadikan manusia terputus hubungannya dengan Allah SWT. Di kala itu, hatinya sudah tidak mendapat sinaran iman yang menjadi daya kekuatan dan penggerak untuk menghayati ajaran Islam.
Kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah, agar sentiasa dikurniakan kemantapan keimanan walau di mana kita berada.
Untuk mengatasi masalah penularan virus ini, remaja hendaklah menjauhkan diri daripada pergaulan bebas, menjauhkan diri daripada terjebak dengan persoalan cinta yang bertunjangkan nafsu semata-mata, menjauhkan daripada menonton aksi lucah.
Bagi orang dewasa pula, mereka hendaklah menjauhkan diri daripada persoalan berkasih di tempat kerja, menjauhkan diri daripada rumah urut dan sarang pelacuran. Sebaliknya, mereka perlu menyalurkan kehendak di tempat yang dihalalkan oleh Allah SWT.
Masyarakat Islam hendaklah giat melakukan dakwah untuk memberi inzar (iaitu peringatan) kepada masyarakat supaya menjauhkan diri daripada melakukan zina yang sememangnya terdedah kepada jangkitan virus HIV.
Tanggungjawab ini adalah tanggungjawab bersama, di kalangan pemimpin, ulama mahupun orang awam, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya (menghapuskan) dengan tangannya. Jika dia tidak berkuasa berbuat demikian, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidah. Jika dengan itu juga dia tidak berkuasa, maka hendaklah dengan hatinya. Tetapi, itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)

Al-Qurtubi menjelaskan bahawa menyuruh kepada makruf, dengan menggunakan kekuasaan mesti dilakukan oleh pemerintah, dengan lidah oleh ulama, sedangkan dengan hati oleh orang awam yang bersikap lemah.

Muhasabah diri untuk mengukur kekuatan iman

Affannur jentrek rojoimo wonosobo

Ramadan ajar umat memberi maaf, jernihkan hubungan elak sengketa bawa kehancuran
RAMADAN kini berada pada 10 terakhir. Bagi mereka yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan mengharapkan keredaan Allah pastilah saat akhir ini menjadikan mereka lebih bersemangat menggandakan amal salih dan kebajikan.
Semua dengan tujuan bagi mencapai matlamat ibadah puasa disyariatkan, iaitu menjadi insan lebih bertakwa. Sehubungan itu, dalam usaha mencapai tahap berkenaan memerlukan hidayah serta petunjuk daripada al-Quran yang diturunkan pada Ramadan.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (mengenai datangnya daripada Allah dan kesempurnaannya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 2)

Firman Allah lagi yang bermaksud:

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Bidayah al-Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) menegaskan bahawa permulaan jalan hidayah ialah ketakwaan zahir dan kesudahan jalan hidayah adalah ketakwaan batin.
Katanya, petunjuk hanya akan diperoleh oleh orang yang berusaha menyediakan dirinya supaya menjadi orang bertakwa. Beliau menjelaskan ketakwaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu melaksanakan segala perintah Allah dan kedua, meninggalkan larangan-Nya.
Selepas berlalunya bahagian pertama dan kedua Ramadan, wajarlah kita bermuhasabah sama ada sudah benar-benar berusaha mencapai matlamat melaksanakan ibadah puasa, iaitu bagi menyemai ketakwaan dalam diri atau sebaliknya.
Ibadah puasa hanya dilaksanakan sebagai amalan menahan lapar serta dahaga bermula dengan terbit fajar sehingga terbenamnya matahari dan tidak lebih daripada itu. Jika itu keadaannya, maka jadilah kita sebagai sebahagian daripada orang yang rugi dan tercela.
Maka sesudah berlalunya Ramadan kelak, tiada sebarang peningkatan dicapai dalam jalinan hubungan dan ketaatan terhadap Allah. Ada satu kaedah dalam Islam yang menyatakan, “Apa yang tidak dapat dilakukan keseluruhannya maka usahlah ditinggalkan keseluruhannya.”
Kita tidak akan dicela jika tidak dapat mencapai peringkat ketakwaan tertinggi tetapi kita dicela kerana tidak melakukan sebarang usaha, sedangkan kita masih berkemampuan.
Selain bermuhasabah mengenai hubungan dengan Allah, ketaatan dan ketakwaan terhadap-Nya, kita juga wajar menilai sejauh mana ibadah puasa dilaksanakan dapat mendorong untuk sentiasa memperbaiki serta mengukuhkan hubungan sesama manusia, iaitu salah satu sifat dan ciri utama golongan bertakwa.
Justeru, hitung dan nilailah sama ada kekusutan dan perbalahan yang mungkin berlaku sudah dileraikan. Atau sebaliknya, sehingga saat ini kita masih belum bertegur sapa dan bersedia memaafkan ahli keluarga, rakan sekerja, sahabat-handai dan jiran tetangga.
Amat malang bagi kita jika pada bulan yang menjanjikan keampunan Allah ini, kita pula masih bersengketa dan bermusuhan serta tidak bersedia untuk saling memaafkan antara satu dengan lain. Padahal kita cukup menyedari bahawa kesepakatan, perpaduan dan kesatuan amat penting bagi kemajuan, keutuhan serta kesejahteraan ummah.
Sebaliknya, perbalahan dan persengketaan hanya merugikan selain mengakibatkan kehancuran serta kemusnahan. Al-Quran merakamkan pujian terhadap orang yang lebih suka memaafkan dan menjernihkan hubungan.
Allah berfirman yang bermaksud:

“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang yang melakukan perkara baik.” (Surah Ali-Imran, ayat 133)

Sementara hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta dan tidaklah Allah menambahkan bagi hamba yang suka memaafkan (kesilapan orang lain) melainkan kemuliaan, dan tidaklah seseorang itu tunduk tawaduk kepada Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”

Al-Quran menggariskan peranan penting itu kerana ia akhirnya dapat mengelakkan kezaliman terhadap salah satu pihak dan menyatukan kembali kedua-duanya.
Dalam hubungan ini, tindakan al-Hasan bin Ali bagi mengelakkan perpecahan dan pertumpahan darah umat Islam terus berlaku, wajar dijadikan iktibar. Selepas Ali meninggal dunia, penyokong beliau terus memberikan bai’ah kepada puteranya, al-Hasan.
Penyokong itu mahu meneruskan niat mereka untuk membunuh Mu’awiyah namun dibantah oleh al-Hasan. Sebaliknya al-Hasan mengutus surat perdamaian kepada Mu’awiyah yang diterima oleh Mu’awiyah dengan perasaan gembira tidak terkira.
Lantas, Mu’awiyah berangkat ke Kufah pada Rabiul Awal 41 hijrah iaitu selepas enam bulan al-Hasan menjalankan tugas sebagai khalifah. Al-Hasan dan al-Husain memberikan bai’ah kepadanya dan langkah itu dituruti seluruh umat Islam. Dengan demikian, tertegaklah Kerajaan Umayyah secara rasmi dan Mu’awiyah menjadi khalifah bagi umat Islam keseluruhannya.
Umat Islam gembira dengan perdamaian yang dapat diwujudkan dan mereka bersyukur kerana segala bentuk fitnah serta pertumpahan darah dapat dihentikan serta-merta. Mereka menamai tahun itu sebagai ‘Tahun Penyatuan’.
Sesungguhnya usaha mulia al-Hasan meninggalkan kesan yang baik terhadap keseluruhan umat Islam. Majoriti ulama’ Ahli-Sunnah memuji tindakan yang diambil al-Hasan sehingga berjaya menyatukan kembali umat Islam yang dilanda persengketaan, kebencian dan permusuhan.
Mereka juga menegaskan bahawa tindakannya itu menegaskan lagi kenabian datuknya, Muhammad SAW yang bersabda,
“Anak (cucu)ku ini adalah penghulu, semoga Allah mendamaikan melaluinya dua buah kumpulan yang besar daripada kalangan umat

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: